HILANGNYA NILAI KEMANUSIAAN
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Seorang wanita Indonesia merantau ke Malaysia untuk mencari rezeki demi mengubah nasib keluarga di kampung, akhirnya diperlakukan dengan kejam, dipercayai disiksa majikan.Tidak dapat dibayangkan kesakitan yang ditanggung oleh PRT itu yang menjadi korban kekerasan sejak tiga tahun yang lalu.
Wanita berusia 46 tahun itu bukan saja 'dikurung' dan dipantau ketat, malah ditampar dan dicederakan menggunakan kayu di muka sehingga mengakibatkan lebam.
Dia juga bekerja secara gratis/percuma, satu sesen pun tidak dibayar.
Lebih buruknya lagi, korban diduga disiram air panas sehingga melepuh habis di belakang badannya dan berat badannya menurun hingga 30 kilogram akibat kekurangan zat.
Apapun alasan dan justifikasi majikan itu, tidak keterlaluan untuk dikatakan mereka ini tidak layak lagi sebut manusia.
Duta Besar Indonesia untuk Malaysia, Bpk Hermono, lebih buruk lagi apabila majikan berkenaan tidak pernah membawa korban ke hospital atau memberinya obat.
Menurutnya, perbuatan kejam itu terbongkar apabila korban yang tidak tahan dengan penyiksaan itu akhirnya mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan mendapatkan bantuan orang awam sebelum dibawa ke balai polis, kira-kira pukul 11 pagi Selasa lalu.
Katanya, korban hanya diberi gaji RM900 sebulan pada tiga bulan pertama, dan selepas itu korban tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan keluarganya di Indonesia maupun orang luar.
"Korban mengalami trauma yang teruk dan meminta tolong supaya diselamatkan,"
Mengulas lanjut, Bpk Hermono memberitahu, korban juga dikatakan tidak pernah diberi waktu rehat dan dipaksa bekerja sepanjang tahun.
Beliau memberitahu, majikan wanita yang dikaitkan dengan kes penyiksaan itu sudah ditahan polis dan sedang menjalankan siasatan.
Turut difahamkan suami suspek itu berkhidmat sebagai pegawai kerajaan.
Justru, beliau berharap, kerajaan akan mengambil tindakan tegas dan mengenakan hukuman mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migrain (ATIPSOM) 2007.
"Pemerintah Indonesia akan memantau rapat masalah ini agar perkara yang sama tidak terjadi kepada pembantu rumah tangga yang lain," Ungkapnya.
Dengan adanya permasalahan ini apakah Indonesia akan tetap mengirimkan tenaga kerja ke Malaysia ?
Ini opini pribadiku.
Apakah Indonesia tidak berani mengambil keputusan tegas?
Aku rasa memang tidak berani.
WHTF!
Kuala Lumpur-Malaysia 02/09/2022
By. Jp_94
